Bakal Pelajar

Pejabat Pelajar Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Victoria bertanggungjawab untuk merekrut pelajar antarabangsa dalam melanjutkan pelajaran mereka. Permohonan pelajar antarabangsa boleh dihantar secara terus ke pejabat ini atau menerusi wakil yang sah. Sekiranya dokumen berlainan bahasa daripada Bahasa Inggeris, sila hantar dokumen dalam versi Bahasa Inggeris atau yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Yuran permohonan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej berserta dengan borang permohonan, dokumen berkaitan dan resit pembayaran.

Kolej Antarabangsa Victoria sangat komited dalam menyediakan suasana pembelajaran yang intelektual bagi mengalakkan minat pelajar. Program-program yang digubal adalah releven dan memenuhi keperluan komuniti pelajar antarabangsa.

Kolej Antarabangsa Victoria telah diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana menitiberatkan kualiti institusi pengajaran yang terbaik, inovatif dan progresif.

Semua permohonan hendaklah dihantar seperti dokumen/perkara di bawah :

Hantar dokumen yang diperlukan berserta Borang Permohonan kepada Pejabat Pelajar Antarabangsa

  • 2 salinan pasport (semua muka surat bercetak)
  • Mengisi kesemua bahagian di dalam Borang Permohonan
  • 7 keping gambar berukuran passport (5cmx4cm)- latar belakang berwarna biru
  • Semua sijil-sijil akademik ditentusahkan (mesti ada perkataan "salinan disahkan" merujuk kepada rekod akademik yang diberikan oleh sekolah terdahulu dengan cop rasmi sekolah berkenaan. Rekod akademik dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris mestilah disertakan dengan perakuan terjemahan)
  • Yuran pemprosesan : Ringgit Malaysia (RM) 2100.00 atau USD 700$.
  • Sijil Tiada halangan daripada Kementerian Pendidikan (Hanya untuk Pelajar Afrika)
  • Pejabat Pelajar Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Victoria
VICTORIA INTERNATIONAL COLLEGE INTERNATIONAL OFFICE

468-7B, 3rd Mile, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur

Tel : +603-4043-1168

Fax : +603-4043-8168

Email : info@vicmy.com