Diploma Farmasi Bantuan

Tajuk Kursus Diploma Farmasi
Gambaran Keseluruhan Kursus Diploma Farmasi adalah program yang direka khas untuk para pelajar bagi membantu mereka berkembang menjadi profesional mengikut keperluan pasaran terkini. Sektor yang boleh diceburi pelajar jurursan Diploma Farmasi adalah dalam profesion farmaseutikal atau industri. Selepas Berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma ini pelajar dari Victoria International College boleh mendaftar diri mereka sebagai ahli farmasi dan dapat menjalankan perusahaan iaitu dengan membuka kedai-kedai farmasi sendiri sebagai perniagaan.
Mod Pengajian Sepenuh masa - 3 Tahun
Pengambilan Januari, April dan September
Syarat Kemasukan Lulus SPM dengan memperolehi 3 kredit termasuk Sains dan Matematik atau lulus sijil berkaitan bidang dan kredit SPM Sains dan Matematik atau kelayakan-kelayakan lain yang setaraf dengannya dan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Maklumat Kursus
Semester 1
Kode Subjek Name Kredit
DFMA 1013 HUMAN ANATOMY & PHYSIOLOGY 3
DFMT 1213 INTRODUCTION TO PHARMACY 3
IPTS 1513 ENGLISH PROFICIENCY 3
DFMT 1313 PHARMACEUTICS-1 (INTRODUCTION) 3
IPTS 1013 COMPUTER SKILLS 3
DFMA 1613 MATHEMATIC AND STATISTIC 3
Semester 2
Kode Subjek Name Kredit
DFMA 1423 CHEMISTRY-1 3
DFME 1523 SOCIAL PHARMACY 3
DFMA 1623 LIFE SCIENCES 3
DFMT 1723 PHARMACEUTICS-II 3
DFMT 1823 PHARMACOLOGY-1 3
Semester 3
Kode Subjek Name Kredit
MPW 1133 PENGAJIAN MALAYSIA (MALYSIAN STUDIES) 3
DFMT 2733 PHARMACEUTICS-III 3
DFMT 2833 PHARMACOLOGY-II 3
DFMA 2433 CHEMISTRY-II 3
DFMT 2233 PHARMACEUTICAL MICROBIOLOGY 3
Semester 4
Kode Subjek Name Kredit
DFMT 2843 PHARMACOLOGY-III 3
DFMT 2743 PHARMACEUTICS-IV 3
DFBE 2143 HOSPITAL PHARMACY 3
DFBE 2243 NUTRACEUTICALS 3
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN- A 3
Semester 5
Kode Subjek Name Kredit
DFMT 3753 PHARMACEUTICS-V 3
DFMT 3853 PHARMACOLOGY-IV 3
DFME 3253 COMMUNITY PHARMACY 3
DFBE 3353 EXTEMPORANEOUS DISPENSING -I 3
DFMT 3153 HOSPITAL PHARMACY TRAINING -I 3
Semester 6
Kode Subjek Name Kredit
DFMT 3863 EXTEMPORANEOUS DISPENSING -II 3
DFME 3563 PHARMACY MANAGEMENT 3
DFMT 3263 HOSPITAL PHARMACY TRAINING II 3
DFMT 3363 HOSPITAL PHARMACY TRAINING III 3
MPW 1143 MPW 1153 PENGAJIAN ISLAM (ISLAMIC STUDIES) PENDIDIKAN MORAL (MORAL STUDIES) 3

Diploma Farmasi

Bidang farmasi adalah salah satu subjek utama di bawah industri farmaseutikal dan Sains Bioperubatan. Pada asasnya terdapat banyak matapelajaran di bawah bidang sains bioperubatan untuk pelajar. Namun begitu, bidang ini hanya berkaitan dengan sains kesihatan. Kursus ini menjadikan pelajar agar lebih bertanggungjawab untuk dispensi, penyediaan dan penggunaan ubat yang betul dan menawarkan perkhidmatan terbaik untuk mencapai hasil terapeutik. Ahli Farmasi akan belajar proses penyediaan bahan sebatian, campuran atau dispensi ubat, dadah, ubat sapu, pil, serbuk, suntikan dan tablet atas arahan pengamal perubatan, doktor haiwan atau doktor gigi.

Mengapa memilih kursus ini

Industri farmaseutikal merupakan industri yang sangat luas dan sentiasa berkembang. Dari masa ke semasa, kita boleh lihat banyak rumah jagaan, hospital dan farmaseutikal syarikat dibuka "bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan" di seluruh dunia. Oleh sebab itulah, kursus ini ditawarkan di VIC bagi memenuhi keperluan semasa yang menyaksikan peningkatan keperluan tenaga kerja dalam bidang ini. Diploma Farmasi dari Victoria International College menawarkan peluang kerjaya yang baik iaitu seperti berkhidmat dengan organisasi dan dibayar gaji ataupun memulakan perniagaan dengan membuka kedai farmasi. Pasaran pekerjaan kepada ahli farmasi sangat meluas dan tidak terhad. Misalnya dalam universiti, jabatan kerajaan, industri farmaseutikal, hospital pengajar, penyiasatan dan institut penyelidikan dan lain-lain.