Diploma Pentadbiran Penjagaan Kesihatan

Diploma Pentadbiran Penjagaan Kesihatan ini mengambil tempoh selama 3 tahun yang mana menggabungkan kesihatan dan pentadbiran sekaligus. Pentadbiran Penjagaan Kesihatan menyelia dan menguruskan elemen yang terlibat dalam sistem penjagaan kesihatan secara holistik. Oleh kerana kepelbagaian yang meluas iaitu jenis dan kemudahan dalam penjagaan kesihatan, fungsi pengurusan merupakan elemen yang sangat penting.